Wednesday, November 30, 2016

Meningkatkan Simpanan Persaraan


KWSP sedia pilihan melalui SPA bantu ahli capai matlamat kewangan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan pilihan  dan flesibiliti untuk ahli memperlbagaikan portfolio persaraan melalui Skim Pelaburan Ahli (SPA) bagi membantu ahli mencapai matlamat kewangan.

Ketua Jabatan Kuantitatif & Analisa Prestasi KWSP, Badrul Hisham Dahalan, berkata ahli yang mencapai tahap keperluan “simpanan asas” boleh memindahkan sebahagian daripada Akaun 1 ke dalam mana-mana Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik dibawah SPA bagi tujuan mengoptimum potensi pulangan pelaburan yang lebih tinggi bagi simpanan persaraan mereka.

Kekerapan pemindahan dibenarkan adalah setiap 3 bulan selepas tarikh pemindahan sebelumnnya.

Simpanan asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum ketika mencapai umur 55 tahun.

Amaun simpanan minimum itu adalah ditanda aras berdasarkan kadar pencen minimum yang ditetapkan untuk tempoh 20 tahun bermula daripada umur ahli 55 tahun sehingga 75 tahun.
Berkuatkuasa pada 1 Januari 2017, KWSP akan menaikkan jumlah simpanan asas kepada RM228, 000 (196, 800 sebelumnya) dengan mengambil kira perubahan pencen minimum kakitangan sektor awam yang telah disemak semula daripada RM830 sebulan kepada RM950 sebulan.

Juga berkuatkuasa pada 1 Januari 2017, jumlah dibenarkan untuk dipindahkan setiap 3 bulan akan dinaikan kepada  30% berbanding 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi simpanan asas dalam Akaun 1.

Di bawah SPA ahli boleh memilih untuk melabur di dalam pelbagai jenis dana bergantung kepada risiko yang sanggup ditanggung oleh ahli dan jangkaan pulangan menepati kehendak pelaburan ahli, kata Badrul Hisyam.

Sebagai contoh, bagi pelaburan dalam unit amanah, ahli boleh melabur dalam dana dari kategori ekuiti, bon, imbang, pasaran wang atau dana amanah hartanah. Dana itu juga ada yang berkategori konvensional atau pun patuh syariah.

Menurut Badrul Hisyam lagi, KWSP juga pada Mac 2015 melancarkan portal informasi dana yang boleh dicapai melalui i-Akaun. Ahli boleh membuat rujukan dan penyelidikan sendiri mengenai dana dan IPD di bawah SPA sebelum membuat keputusan untuk melabur.

“Di portal ini juga ahli boleh  mendapatkan maklumat berkenaan status dan prestasi dana, membuat kajian perbandingan prestasi antara dana di bawah kategori sama, latar belakang IPD, ahli lembaga pengarah dan jawatan kuasa pelaburan, dividen yang pernah dibayar kepada ahli”, katannya.

Beliau berkata, ahli akan mempunyai lebih banyak maklumat untuk membuat satu keputusan pelaburan yang termaklum.

Dahulukan kepentingan ahli

Badrul Hisham menegaskan bahawa KWSP bersikap berkecuali dan tidak mempromosikan mana-mana dana atau IPD tertentu kepada ahli kerana matlamat dan usaha utama KWSP adalah agar ahli boleh melabur di dalam satu persekitaran yang dikawal sleia secara teratur bagi memastikan kepentingan ahli adalah terlindung.

“KWSP melindungi integriti SPA dan akan memastikan tiada ketirisan di dalam simpanan persaraan ahli. Ini dilakukan melalui rangka kerja pengawasan yang kukuh dan garis panduan yang mengawal selia IPD. Dalam masa yang sama, secara berterusan mempertingkatkan saringan bagi memastikan hanya dana-dana berkualiti sahaja ditawarkan di bawah SPA demi melindungi kepentingan ahli yang melabur melaluinya,” katannya.

KWSP bersama dengan Federation Investment Managers Malaysia (FIMM), menjalankan penilaian tahunan dana di bawah SPA. KWSP juga melantik juruaudit bebas untuk menjalankan pengauditan bagi memeriksa pematuhan IPD terhadap garis panduan ditetapkan dan mereka menjalankan tugas serta dan tanggungjawab dengan teratur bagi kepentingan ahi.

“IPD yang didapati melanggar garis panduan ditetapkan, dikenakan tindakan, antaranya, amaran, denda monetary, digantung atau ditamatkan status sebagai IPD di bawah skim ini,” katannya.

Untuk mengelakkan ketirisan, beliau berkata, setiap agihan pendapatan daripada pelaburan akan dilabur semula dan sekirannya ahli memilih mencairkan pelaburan, ia akan dikembalikan ke dalam Akaun 1 ahli di KWSP. Sekirannya IPD digugurkan statusnya di bawah skim ini, semua pelaburan ahli di IPD itu hendaklah dicairkan dan dikembalikan ke dalam Akaun 1 ahli di KWSP.

Sementara KWSP menyediakan persekitaran pelaburan yang terkawal di bawah skim ini,  Badrul Hisham menggesa ahli meningkatkan pengetahuan kewangan dan pelaburan serta mendapatkan maklumat yang cukup, seperti kos dan risiko yang terbabit sebelum mengambil keputusan untuk melabur.

“Ahli harus memahami tiada pelaburan yang sentiasa boleh menjamin pulangan pelaburan kerana prestasi dana pada hari kini bukan satu jaminan bahawa prestasinya akan berkekalan pada masa hadapan.” Katannya sambil menggesa ahli agar menggunakan pertimbangan sewajarnnya dan mendapatkan nasihat professional daripada penasihat pelaburan atau perancang kewangan yang bertauliah sebelum membuat keputusan untuk melabur.

Menurut Badrul  Hisyam, IPD harus juga memastikan konsultan unit amanah, agen, kakitangan jualan mereka memberi nasihat professional, maklumat dan dokumen tawaran yang telus apabila memasarkan produk mereka. Sambil menekankan kepentingan dokumen prospektus, beliau berkata kanduangan dokumen ini mengandungi butiran terperinci berkenaan matlamat pelaburan, risiko  yang ada dan kos ataupun perbelanjaan pelaburan yang perlu ditanggung ahli.

KWSP juga menyediakan perkhidmatan nasihat persaraan untuk ahli di 7 cawangan KWSP di seluruh negara. Perkhidmatan ini adalah untuk memberi penerangan dan bimbingan kepada ahli untuk mengurus simpanan persaraan mereka dan pilihan yang ada untuk mengembangkan jumlah simpanan persaraan.

Namun, Badrul Hisham menekankan bahawa Skim Pelaburan Ahli ini adalah secara sukarela. Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan hanya memberi bimbingan dan bukan cadangan melabur dalam mana-mana dana atau mahupun IPD.

Sekiranya ahli tidak puas hati atau ingin membuat aduan, terdapat beberapa saluran untuk ahli mendapat pertolongan penyelesaian. Bagi aduan mengenai salah laku konsultan unit amanah, ahli boleh menyalurkan kepada FIMM, manakala bagi pertikaian tuntutan, ia boleh disalurkan kepada Securities Industry Dispute  Resolution Center (SIDREC)

Penambaikan Skim Pelaburan Ahli

Menurut Badrul Hisham, KWSP secara berterusan berusaha menambahbaik skim ini untuk kebaikan ahli dengan mengambil kira perubahan dan pembangunan industry unit amanah dan juga  kehendak ahli dari semasa ke semasa.

Sebagai contoh, berkuatkuasa 1 Ogos 2016, KWSP memansuhkan had 30% pendedahan pelaburan luar negara bagi dana-dana yang ditawarkan di bawah skim ini. Pemansuhan ini akan membolehkan ahli mempelbagaikan pelaburan menerusi dana-dana di luar daripada pasaran dalaman yang terhad dan penawaran dana yang pelbagai.

Bagi ahli yang memilih Simpanan Syariah, berkuatkuasa pada 1 Januari 2017, Badrul Hisham berkata satu mekanisma akan diwujudkan untuk memastikan bahawa ahli Simpanan Syariah hanya boleh melanggan dana yang patuh syariah sahaja di bawah skim ini.

Menurut  Badrul Hisyam, sehingga kini terdapat 334 dana yang diluluskan, namun begitu bagi tempoh 2016/2017, hanya 277 dana yang layak untuk ditawarkan di bawah SPA. Setakat Disember 2015, ada 934,246 akaun ahli yang menyertai skim ini, dengan nilai pasaran dana RM40.46 billion.

BH 30 November 2016




Tuesday, November 29, 2016

SIDREC Bantu Selesai Tuntutan Monetary Pelabur Unit Amanah



Orang ramai perlu lebih peka, fahami,pantau pelaburan elak jadi mangsa tipu.

Sikap pelabur yang mahu melabur tetapi tidak berusaha untuk memahami dan memantau pelaburan menyebabkan mereka tidak mendapat keuntungan seperti yang diharapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelesaian Pertikaian Industrial Security (SIDREC), Sujatha Sekhar Naik, berkata pelabur mahu lebih wang tetapi enggan berusaha lebih untuk memahami serta memantau pelaburan mereka.

“Ramai yang memberikan alasan untuk tidak membaca dokumen dan memahami setiap syarat serta prosedur yang dinyatakan lebih-lebih lagi apabila perunding terbabit adalah dari kalangan saudara mara pelabur, mereka akan terus mempercayainya.

“Ada juga perunding yang tidak bertanggungjawab menggunakan borang untuk terus melabur tanpa memberitahu pelabur,” katannya


Saujatha berkata, sekiranya pelabur menyedari nama serta wang pelaburannya digunakan oleh perunding, sebaiknya segera melaporkan perkara berkenaan kepada SIDREC.

SIDREC bantu selesai masalah

“Pihak SIDREC akan sedaya upaya membantu menyelesaikan pertikaian alternatif untuk pelabur berhubung tuntutan membabitkan perkhidmatan perunding yang didapati menyeleweng wang pelaburan.

“Sebagai badan khas bagi menyelesaikan pertikaian pasaran modal, berbekalkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman, badan ini mengendalikan tuntutan dengan cepat dan cekap. Malah mudah diakses dan sesuai dengan pusat sehenti yang menawarkan perkhidmatan percuma bagi penyelesaian tuntutan berkaitan produk serta perkhidmatan pasaran modal.” Katannya.

Sidrec ditubuhkan bagi membantu pelabur-pelabur kecil, setakat ini sedahpun mengendalikan lebih 1000 kes sejak 2011.

Pada Januari sehingga Ogos tahun ini sebanyak 113 kes dilaporkan dan hanya 88 darinnya dapat diselesaikan.

Sementara itu, Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) mencatatkan aduan penyelewengan dana oleh perunding Skim Persaraan Swasta (PRS) dan unit amanah yang tertinggi dalam kalangan pengguna.

Jurucakap FIMM berkata, pihaknya memandang serius terhadap aduan mengenai perunding yang menerima wang tunai daripada pelabur dan tidak menyalurkan wang terbabit ke Institusi Pengurusan Dana (FMI).

Katannya, perunding Unit Amanah tidak dibenarkan untuk menerima sebarang wang tunai daripada pelabur dalam apa jua keadaan kerana ia boleh dianggap sebagai songlap.

“Menerima wang tunai adalah satu pelanggaran perilaku, manakala melarikan diri dengan wang pelabur adalah jenayah kecurian.

Dapatkan maklumat

“Jika mana-mana 50 000 perunding di negara ini didapati bersalah menerima wang tunai dan melakukan penyelewengan, mereka akan dibatalkan pendaftarannya dan dihalang daripada berurusan dengan pelabur selama-lamanya, kata jurucakap FIMM.

Beliau berkata, ahli-ahli PRS perlu lebih celik mengenai kewangan  dan pelaburan serta mendapatkan maklumat yang cukup sebelum melabur.

“Pencarum Kumpulan  Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mencapai umur pengeluaran 55 juga perlu berhati-hati dengan penipu yang cuba untuk menipu dana persaraan mereka.

“Pelabur perlu menandatangani atau meletakkan cap jari pada borang pelaburan untuk memindahkan dana dari akaun KWSP ke dana PRS atau mana-mana unit amanah di bawah Skim Pelaburan Ahli (MIS),” katannya.

KWSP membenarkan pencarum untuk memindahkan wang bagi tujuan pelaburan setiap 3 bulan sekali dan pelabur akan menandatangani borang kebenaran pemindahan dan pelaburan terlebih dahulu.


Bagaimanapun, akan ada perunding yang cuba memutar belitkan keadaan untuk menipu pelabur bagi tujuan penyelewangan,” katannya.

Sunday, November 13, 2016

Mulakan Pelaburan Lebih Awal

Sudahkah anda mula melabur atau menunggu hingga masa yang sesuai untuk melakukannnya?

Adakah anda ingin memulakannya selepas berumah tangga, atau sewaktu usia tua, atau setelah anak sudah dewasa?

Setiap individu perlu memulakan pelaburan seawall mungkin bagi membina tabungan yang kukuh.

Mengikut asas dalam pyramid pelaburan, seseorang perlu perlu bermula dengan mempunyai simpanan di bank dan kemudian melabur di tempat yang mampu memberi pulangan tahunan yang lebih besar berbanding yang diberikan bank.

Ini bermakna setiap individu perlu mempunyai 2 akaun berbeza iaitu akaun pelaburan dan akaun simpanan.

Akaun simpanan merupakan sumber kewangan untuk kegunaan sepanjang bulan, manakala akaun pelaburan ialah sumber pendapatan pasif untuk jangka panjang.

Akaun pelaburan amat penting kerana ia akan  menjadi sumber kewangan selepas bersara, ketika hendak membeli rumah, untuk pendidikan anak-anak dan semasa berdepan perkara di luar jangkaan, sekali gus menjadikan sumber kewangan semakin kukuh.


Masyarakat negara ini sangat bertuah kerana terdapat pilihan pelaburan berisiko rendah pada masa sama mampu memberi pulangan tinggi seperti ASB, Tabung Haji, dan Unit Trust.

MM, 13 November 2016

Saturday, November 12, 2016

Melabur Mampu Kembangkan Simpanan


Masyarakat perlu bijak pilih instrument pelaburan

Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit. Menggandakan atau mengembangkan wang simpanan bukan mudah bagi semua individu.

Ia memerlukan komitmen, kesabaran yang tinggi dan ilmu kewangan yang mendalam bagi menjayakan misi bebas kewangan dalam tempoh tertentu.

Dengan hanya menyimpan di bank mengikut kaedah konvensional, ia mungkin akan mengambil masa agak lama untuk mendapatkan pulangan yang tinggi memandangkan faedah ke atas simpanan ke atas simpanan yang diberi oleh sesetengah bank adalah pada kadar yang sangat rendah.

Justeru, masyarakat terutamnnya generasi muda yang baru memasuki alam pekerjaan perlu bijak memilih instrument terbaik untuk berupaya mengembangkan wang simpanan yang ada.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa pentingnya perancangan kewangan dan mengembangkan simpanan? Jawapannya mudah, ia bagi memudahkan seseorang merancang masa depan dengan lebih terurus, di samping menjamin kualiti hidup yang lebih baik.

Dapatkan khidmat nasihat kewangan

Penasihat Pelaburan Dan Perancangan Kewangan yang juga pengarah Jupiter Research Sdn Bhd, Nazarry Rosli, berkata melabur adalah langkah terbaik bagi seseorang untuk mengembangkan saiz tabungan simpanan.

“ia perlu dilakukan oleh sesiapa sahaja yang baru memasuki alam pekerjaan. Semasa dapat sahaja pendapatan pertama, anda perlu fikirkan bagaimana simpanan daripada gaji pertama dapat dikembangkan.

Setiap daripada kita harus melalui proses melabur. Simpan di bank adalah perkara asas dan ia harus dijadikan sebagai asas untuk memupuk diri supaya lebih berdisplin, sekali gus meneroka dunia pelaburan.

“bagaimanapun, bagi mereka yang yang tidak mempunyai sebarang ilmu mengenai pelaburan, mereka boleh mendapatkan khidmat penasihat kewangan bagi mendapatkan pemahaman yang lebih jelas mengenai dana pelaburan yang ditawarkan”

Bagi mereka yang mahu berjinak dengan skim pelaburan, melabur dalam unit amanah adalah pilihan yang baik kerana risikonya yang kurang dan lebih selamat.

Bagaimanapun, Nazarry mengakui, golongan Bumiputera lebih sensitive dengan kadar pulangan sehingga terlupa konsep pulangan tinggi berisiko tinggi.

“ Ramai Bumiputera mahu melabur tetapi tiada ilmu. Mereka terjebak dengan tawaran pulangan yang tinggi tetapi tidak tahu risiko yang menanti. Pendek kata, perlu ada pemahaman dan ilmu pelaburan dahulu” katannya.

Mengenai sikap pelabur yang gemar mengeluarkan dividen tahunan diperoleh, Nazarry berkata, perkara itu ibarat sudah sinonim dengan sikap pelabur tempatan.

Katannya setiap minda masyarakat tempatan perlu diubah dari awal supaya tidak berbelanja mengikut kehendak dan menggunakan dividen tahunan untuk perkara yang tidak berfaedah.

Jika kita niat nak guna dividen itu setiap tahun, ia tidak akan berkembang dan bercanggah dengan konsep menabung untuk masa depan” katannya.

Guna dividen tutup hutang

Bagaimanapun, beliau berkata, dividen untuk tahun pertama boleh digunakan bagi mereka yang mahu menutup hutang yang mengenakan faedah tinggi seperti hutang kad kredit dan hutang lain yang tidak memberi manfaat jangka panjang kepada pelabur.

Selepas itu, cuba gunakan dividen untuk hapuskan hutang jangka sederhana seperti pembiayaan kenderaan supaya sasaran bebas kewangan dapat dicapai dalam tempoh yang cepat.”  Katannya.

Pendek kata, ketahuilah jenis produk simpanan yang ditawarkan dan pilih mengikut keperluan dan wawasan pelaburan anda. Sebelum membuat sebarang pelaburan, kenali dengan jelas jenis pelaburan yang ditawarkan dan ketahui matlamat sebenar pelaburan yang bakal dilakukan. Padankan matlamat pelaburan dengan profil pelaburan anda.

Pada dasarnya, pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan mempunyai risiko yang tinggi. Jangan sesekali melabur berlandaskan naluri tanpa merujuk kepada maklumat yang sahih. Elakkan juga menyertai pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tidak munasabah  dalam jangka masa yang singkat kerana anda mungkin terperangkap dengan skim cepat kaya.


Jika ingin membuat pelaburan tetapi tiada pengetahuan kewangan yang mencukupi, boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat perancang kewangan berlesen atau menerokai produk pelaburan yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen sedia ada.

BH, 13 November 2016