Masyarakat perlu bijak pilih instrument
pelaburan
Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit.
Menggandakan atau mengembangkan wang simpanan bukan mudah bagi semua individu.
Ia memerlukan komitmen, kesabaran yang
tinggi dan ilmu kewangan yang mendalam bagi menjayakan misi bebas kewangan
dalam tempoh tertentu.
Dengan hanya menyimpan di bank mengikut
kaedah konvensional, ia mungkin akan mengambil masa agak lama untuk mendapatkan
pulangan yang tinggi memandangkan faedah ke atas simpanan ke atas simpanan yang
diberi oleh sesetengah bank adalah pada kadar yang sangat rendah.
Justeru, masyarakat terutamnnya generasi
muda yang baru memasuki alam pekerjaan perlu bijak memilih instrument terbaik
untuk berupaya mengembangkan wang simpanan yang ada.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa
pentingnya perancangan kewangan dan mengembangkan simpanan? Jawapannya mudah,
ia bagi memudahkan seseorang merancang masa depan dengan lebih terurus, di
samping menjamin kualiti hidup yang lebih baik.
Dapatkan khidmat nasihat kewangan
Penasihat Pelaburan Dan Perancangan
Kewangan yang juga pengarah Jupiter Research Sdn Bhd, Nazarry Rosli, berkata
melabur adalah langkah terbaik bagi seseorang untuk mengembangkan saiz tabungan
simpanan.
“ia perlu dilakukan oleh sesiapa sahaja
yang baru memasuki alam pekerjaan. Semasa dapat sahaja pendapatan pertama, anda
perlu fikirkan bagaimana simpanan daripada gaji pertama dapat dikembangkan.
Setiap daripada kita harus melalui proses
melabur. Simpan di bank adalah perkara asas dan ia harus dijadikan sebagai asas
untuk memupuk diri supaya lebih berdisplin, sekali gus meneroka dunia
pelaburan.
“bagaimanapun, bagi mereka yang yang tidak
mempunyai sebarang ilmu mengenai pelaburan, mereka boleh mendapatkan khidmat
penasihat kewangan bagi mendapatkan pemahaman yang lebih jelas mengenai dana
pelaburan yang ditawarkan”
Bagi mereka yang mahu berjinak dengan skim
pelaburan, melabur dalam unit amanah adalah pilihan yang baik kerana risikonya
yang kurang dan lebih selamat.
Bagaimanapun, Nazarry mengakui, golongan
Bumiputera lebih sensitive dengan kadar pulangan sehingga terlupa konsep
pulangan tinggi berisiko tinggi.
“ Ramai Bumiputera mahu melabur tetapi
tiada ilmu. Mereka terjebak dengan tawaran pulangan yang tinggi tetapi tidak
tahu risiko yang menanti. Pendek kata, perlu ada pemahaman dan ilmu pelaburan
dahulu” katannya.
Mengenai sikap pelabur yang gemar
mengeluarkan dividen tahunan diperoleh, Nazarry berkata, perkara itu ibarat
sudah sinonim dengan sikap pelabur tempatan.
Katannya setiap minda masyarakat tempatan
perlu diubah dari awal supaya tidak berbelanja mengikut kehendak dan
menggunakan dividen tahunan untuk perkara yang tidak berfaedah.
Jika kita niat nak guna dividen itu setiap
tahun, ia tidak akan berkembang dan bercanggah dengan konsep menabung untuk masa
depan” katannya.
Guna dividen tutup hutang
Bagaimanapun, beliau berkata, dividen untuk
tahun pertama boleh digunakan bagi mereka yang mahu menutup hutang yang
mengenakan faedah tinggi seperti hutang kad kredit dan hutang lain yang tidak
memberi manfaat jangka panjang kepada pelabur.
Selepas itu, cuba gunakan dividen untuk
hapuskan hutang jangka sederhana seperti pembiayaan kenderaan supaya sasaran
bebas kewangan dapat dicapai dalam tempoh yang cepat.” Katannya.
Pendek kata, ketahuilah jenis produk
simpanan yang ditawarkan dan pilih mengikut keperluan dan wawasan pelaburan
anda. Sebelum membuat sebarang pelaburan, kenali dengan jelas jenis pelaburan
yang ditawarkan dan ketahui matlamat sebenar pelaburan yang bakal dilakukan.
Padankan matlamat pelaburan dengan profil pelaburan anda.
Pada dasarnya, pelaburan yang menjanjikan
pulangan lumayan mempunyai risiko yang tinggi. Jangan sesekali melabur
berlandaskan naluri tanpa merujuk kepada maklumat yang sahih. Elakkan juga
menyertai pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tidak munasabah dalam jangka masa yang singkat kerana anda
mungkin terperangkap dengan skim cepat kaya.
Jika ingin membuat pelaburan tetapi tiada
pengetahuan kewangan yang mencukupi, boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan
khidmat perancang kewangan berlesen atau menerokai produk pelaburan yang
ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen sedia ada.
BH, 13 November 2016

0 comments:
Post a Comment