Tuesday, November 29, 2016

SIDREC Bantu Selesai Tuntutan Monetary Pelabur Unit Amanah



Orang ramai perlu lebih peka, fahami,pantau pelaburan elak jadi mangsa tipu.

Sikap pelabur yang mahu melabur tetapi tidak berusaha untuk memahami dan memantau pelaburan menyebabkan mereka tidak mendapat keuntungan seperti yang diharapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelesaian Pertikaian Industrial Security (SIDREC), Sujatha Sekhar Naik, berkata pelabur mahu lebih wang tetapi enggan berusaha lebih untuk memahami serta memantau pelaburan mereka.

“Ramai yang memberikan alasan untuk tidak membaca dokumen dan memahami setiap syarat serta prosedur yang dinyatakan lebih-lebih lagi apabila perunding terbabit adalah dari kalangan saudara mara pelabur, mereka akan terus mempercayainya.

“Ada juga perunding yang tidak bertanggungjawab menggunakan borang untuk terus melabur tanpa memberitahu pelabur,” katannya


Saujatha berkata, sekiranya pelabur menyedari nama serta wang pelaburannya digunakan oleh perunding, sebaiknya segera melaporkan perkara berkenaan kepada SIDREC.

SIDREC bantu selesai masalah

“Pihak SIDREC akan sedaya upaya membantu menyelesaikan pertikaian alternatif untuk pelabur berhubung tuntutan membabitkan perkhidmatan perunding yang didapati menyeleweng wang pelaburan.

“Sebagai badan khas bagi menyelesaikan pertikaian pasaran modal, berbekalkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman, badan ini mengendalikan tuntutan dengan cepat dan cekap. Malah mudah diakses dan sesuai dengan pusat sehenti yang menawarkan perkhidmatan percuma bagi penyelesaian tuntutan berkaitan produk serta perkhidmatan pasaran modal.” Katannya.

Sidrec ditubuhkan bagi membantu pelabur-pelabur kecil, setakat ini sedahpun mengendalikan lebih 1000 kes sejak 2011.

Pada Januari sehingga Ogos tahun ini sebanyak 113 kes dilaporkan dan hanya 88 darinnya dapat diselesaikan.

Sementara itu, Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) mencatatkan aduan penyelewengan dana oleh perunding Skim Persaraan Swasta (PRS) dan unit amanah yang tertinggi dalam kalangan pengguna.

Jurucakap FIMM berkata, pihaknya memandang serius terhadap aduan mengenai perunding yang menerima wang tunai daripada pelabur dan tidak menyalurkan wang terbabit ke Institusi Pengurusan Dana (FMI).

Katannya, perunding Unit Amanah tidak dibenarkan untuk menerima sebarang wang tunai daripada pelabur dalam apa jua keadaan kerana ia boleh dianggap sebagai songlap.

“Menerima wang tunai adalah satu pelanggaran perilaku, manakala melarikan diri dengan wang pelabur adalah jenayah kecurian.

Dapatkan maklumat

“Jika mana-mana 50 000 perunding di negara ini didapati bersalah menerima wang tunai dan melakukan penyelewengan, mereka akan dibatalkan pendaftarannya dan dihalang daripada berurusan dengan pelabur selama-lamanya, kata jurucakap FIMM.

Beliau berkata, ahli-ahli PRS perlu lebih celik mengenai kewangan  dan pelaburan serta mendapatkan maklumat yang cukup sebelum melabur.

“Pencarum Kumpulan  Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mencapai umur pengeluaran 55 juga perlu berhati-hati dengan penipu yang cuba untuk menipu dana persaraan mereka.

“Pelabur perlu menandatangani atau meletakkan cap jari pada borang pelaburan untuk memindahkan dana dari akaun KWSP ke dana PRS atau mana-mana unit amanah di bawah Skim Pelaburan Ahli (MIS),” katannya.

KWSP membenarkan pencarum untuk memindahkan wang bagi tujuan pelaburan setiap 3 bulan sekali dan pelabur akan menandatangani borang kebenaran pemindahan dan pelaburan terlebih dahulu.


Bagaimanapun, akan ada perunding yang cuba memutar belitkan keadaan untuk menipu pelabur bagi tujuan penyelewangan,” katannya.

0 comments:

Post a Comment